Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Sheinbaum tawar permohonan maaf

    BANDAR MEXICO, 3 OKT – Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum menawarkan permohonan maaf rasmi hari ini atas pembunuhan beramai-ramai pelajar oleh tentera pada 1968, sebagai salah satu tindakan pertamanya selepas memegang jawatan.

    “Tarikh 2 Oktober tidak akan dilupakan!” kata Sheinbaum, bekas aktivis pelajar yang menggelarkan dirinya sebagai ‘anak perempuan 68’, mengisytiharkan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai itu.

    Menurut angka rasmi, 30 orang maut apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah pelajar yang mengadakan perhimpunan aman di daerah Tlatelolco di Bandar Mexico beberapa hari sebelum negara itu menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.

    Ahli keluarga dan aktivis mengatakan bahawa kira-kira 400 orang terkorban.

    Dalam sidang akhbar pertamanya selepas dilantik sebagai presiden wanita pertama Mexico baru-baru ini, Sheinbaum berkata bahawa satu dekri akan dikeluarkan yang mengisytiharkan pembunuhan itu sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.

    Beliau berjanji bahawa pasukan keselamatan tidak akan lagi digunakan lagi “untuk menyerang atau menindas rakyat Mexico,” beberapa jam sebelum protes yang dirancang di Bandar Mexico untuk menuntut keadilan bagi mangsa pembunuhan beramai-ramai. – AFP

    Sheinbaum berucap kepada penyokong di Zocalo, dataran utama Bandar Mexico ketika hari perasmiannya pada 1 Oktober. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Pencapaian 54 pelajar sekolah Arab dalam STEAM dirai

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV - Seramai...

    Keusahawanan buka peluang dalam dunia sentiasa berubah

    Oleh Sim Y.H. - BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV –...

    8 belia ikuti program kelestarian alam sekitar

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV –...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...