Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shell catat keuntungan bersih AS$3.4 bilion

    LONDON, 29 JULAI – Syarikat minyak Anglo-Belanda Royal Dutch Shell berkata hari ini ia telah mencatat keuntungan dalam suku kedua ketika harga minyak meningkat.

    Ia mencatat keuntungan bersih berjumlah AS$3.4 bilion berbanding kerugian besar lebih daripada AS$18 bilion kali terakhir, apabila ia menjalankan penurunan nilai aset besar-besaran disebabkan pasaran minyak yang terjejas akibat COVID-19.

    Pendapatan meningkat hampir dua kali ganda dalam suku kedua kepada AS$60.5 bilion, sementara pengeluaran merosot kepada 3.25 juta tong minyak sehari.

    Akibatnya, Shell mengatakan bahawa ia akan menyasarkan AS$2 bilion dalam pembelian balik saham pada separuh tahun kedua dan juga menambah dividen pemegang sahamnya.

    “Kami sedang menambah pengagihan pemegang saham kami hari ini menerusi penambahan dividen dan memulakan pembelian balik saham, sementara kami terus melabur untuk menjamin masa depan tenaga,” kata ketua eksekuif Ben Van Beurden dalam penyata pendapatan.

    “Kualiti operasi Shell dan kunci kira-kira yang kukuh telah memberikan keyakinan kepada ahli lembaga.

    Permintaan minyak global sedang pulih namun bekalan masih terbatas disbabkan usaha oleh negara pengeluar OPEC untuk mengehadkan pengeluaran.

    Bagaimanapun, OPEC dan sekutunya memutuskan pada awal bulan ini untuk menambah pengeluaran mulai Ogos. – AFP

    Gambar fail menunjukkan logo syarikat minyak Royald Dutch Shell kelihatan di pam sebuah stesen petrol di London. Shell berkata kelmarin ia mencatat keuntungan dalam suku kedua tatkala harga minyak naik. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda