Thursday, November 14, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shell jual aset sekitar AS$3.8 bilion

    LONDON, 31 Jan – Syarikat tenaga Inggeris-Belanda, Royal Dutch Shell telah bersetuju untuk menjual sebahagian besar asetnya di North Sea kepada peneroka minyak Chrysaor sekitar AS$3.8 bilion (3.6 bilion euro), katanya hari ini.

    Perjanjian itu, yang bernilai lebih banyak daripada separuh pengeluaran North Sea Shell, adalah sebahagian daripada rancangan pengurangan meluas ketika syarikat itu memperkemaskan portfolionya berikutan pengambilalihan syarikat pesaingnya BG Group tahun lalu.

    Berasingan, syarikat itu sudah pun mendedahkan awal hari ini yang ia telah memindahkan sahamnya dari padang minyak gas luar pesisir Thailand ke Kuwait Petroleum Corp sebanyak AS$900 juta.

    Shell mengumumkan dalam kenyataan baru bahawa ia akan menjual seluruh sahamnya di sembilan padang minyak North Sea bersama saham kecil di padang ke-10 kepada Chrysaor.

    Gambar fail yang diambil pada 2 April 2012 menunjukkan pelantar minyak Elgin, 240km dari Aberdeen di North Sea yang pemegang sahamnya adalah Royal Dutch Shell. – AFP
    Gambar fail yang diambil pada 2 April 2012 menunjukkan pelantar minyak Elgin, 240km dari Aberdeen di North Sea yang pemegang sahamnya adalah Royal Dutch Shell. – AFP

    Pakej itu mengandungi kepentingan Shell di Buzzard, Beryl, Bressay, Elgin-Franklin, J-Block, kluster Greater Armada, Everest, Lomond dan Erskine, dan 10 peratus saham dalam padang minyak Schiehallion.

    “Perjanjian itu menunjukkan momentum jelas di sebalik program pengurangan aset AS$30 bilion berasaskan nilai global Shell,” kata Ketua Pegawai Kewangan Shell, Simon Henry dalam satu kenyataan.

    “Ia dibina di atas pengurangan aset hiliran di Teluk Mexico dan Kanada. Ia juga konsisten dengan strategi Shell untuk mempertingkatkan dan memudahkan portfolio kami berikutan pemerolehan BG, untuk memastikan syarikat itu mewakili kes pelaburan kelas kedua.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda