Tuesday, March 21, 2023
23.1 C
Brunei

-

Shell Malaysia lancar produk FuelSave 95 baharu

KUALA LUMPUR, 8 FEB – Shell Malaysia telah melancarkan produk Shell FuelSave 95 baharu dan dipertingkatkan, yang kini mampu memberikan sehingga 15 kilometer (km) lebih jauh untuk setiap tangki.

Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, Seow Lee Ming berkata penambahbaikan Shell FuelSave 95 itu mampu memberikan lebih banyak nilai dan inovasi kepada pasaran.

“Kami berharap produk baharu dan dipertingkatkan ini dapat meningkatkan penguasaan pasaran kami di Malaysia dengan membawa produk inovatif ke pasaran,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Seow berkata Shell sentiasa berusaha untuk berinovasi serta meningkatkan penawaran untuk manfaat pelanggan.

“Syarikat ini menjalankan pelbagai ujian yang ketat kerana Malaysia merupakan pusat inovasi yang mana saintis kami boleh bekerjasama rapat untuk membangunkan produk ini, yang kami harap akan memberi manfaat kepada orang ramai di seluruh dunia,” katanya.

Seow berkata Shell Fuelsave 95 baharu ini menawarkan pembersihan secara mendalam untuk enjin yang lebih bersih, perlindungan yang lebih baik untuk semua enjin dan direka bagi kedua-dua teknologi baharu dan lama.- Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -