Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Shell Malaysia wujudkan hab pengecas EV berprestasi tinggi

    GENTING HIGHLANDS, 4 DIS – Shell Malaysia Trading Sdn Bhd akan mewujudkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) yang terdiri daripada 10 ruang pengecasan lengkap di Resorts World Genting, bagi menyediakan akses EV di destinasi peranginan utama di Malaysia itu, menjelang awal tahun hadapan.

    Menurut Shell Malaysia, hab lengkap dengan pengecas berprestasi tinggi (HPC) ultra-pantas 360 kilowatt (kW ) itu dikuasakan oleh Shell Recharge, penyedia penyelesaian pengecasan EV milik Shell.

    “Menerusi kerjasama strategik dengan Porsche Malaysia dan Genting Malaysia Bhd, hab EV ini akan menjadi penambahan baharu kepada rangkaian Shell Recharge EV sedia ada sebanyak 136 stesen pengecas yang terletak di kawasan strategik bandar utama dan di lebuh raya Semenanjung Malaysia, menghubungkan Singapura, Malaysia dan Thailand,” jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

    Shell Malaysia memaklumkan bahawa hab pengecasan semua-dalam-satu itu akan memuatkan 10 pengecas yang terdiri daripada empat pengecas berprestasi tinggi 360kW dan enam pengecas AC 22kW. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...