Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shell mohon rayuan atas perbicaraan iklim Belanda

    THE HAGUE, 20 JULAI – Syarikat minyak Shell mengumumkan hari ini ia akan membuat permohonan rayuan ke atas keputusan Belanda yang mengarahkannya untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, mengatakan ‘keputusan ke atas sebuah syarikat tunggal tidak akan berkesan’ untuk mengekang perubahan iklim.

    Mahkamah Daerah Hague lewat Mei memerintahkan pengeluar minyak Inggeris-Belanda perlu mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus menjelang 2030 kerana ia telah menyumbang kepada kesan ‘teruk’ kepada perubahan iklim.

    “Kami bersetuju tindakan segera amat diperlukan dan kami akan mempercepatkan peralihan kami kepada sifar bersih,” kata ketua eksekutif Shell, Ben van Beurden.

    “Tetapi kami akan membuat permohonan rayuan kerana keputusan mahkamah, ke atas syarikat tunggal, tidak akan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan. Digelar ‘People versus Shell’, kes itu disokong oleh tujuh kumpulan pencinta alam sekitar dan lebih 17,000 penduduk Belanda.

    Para pengempen memuji perbicaraan bersejarah pada 26 Mei itu, mengatakan ia akan memberi implikasi global ke atas firma-firma tenaga dan ia adalah pertama kalinya sebuah syarikat telah diarahkan untuk menjajarkan dasarnya dengan persetujuan iklim 2015.

    Shell bagaimanapun berkata ia mempunyai rancangannya sendiri, digelar strategi ‘Powering Progress’ untuk menjadikan perniagaan pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

    Rancangan itu adalah ‘dalam langkah perkembangan masyarakat ke arah matlamat Perjanjian Paris ke atas perubahan iklim,” kata Shell. – AFP

    Gambar fail bertarikh 30 Januari 2018 menunjukkan logo syarikat gergasi tenaga Royal Dutch Shell di stesen petrol di London. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda