Oleh Syahmi Hassan
Kenderaan adalah satu keperluan yang penting dalam kehidupan kita sehari-hari, tidak kiralah sama ada kereta mahupun motosikal.
Memiliki kenderaan untuk tempoh yang panjang bukanlah mudah diperolehi begitu sahaja, namun ia memerlukan penjagaan yang optimum dari luaran dan dalamannya, tidak kira ianya mewah ataupun yang biasa-biasa sahaja. Tanpa penjagaan yang mantap, tentu sahaja ianya tidak akan tahan dalam jangka masa panjang.
Enjin merupakan komponen yang paling penting dalam mana-mana kenderaan, di mana tanpa enjin, agak mustahil untuk kenderaan tersebut bergerak. Sudah setentunya penjagaan enjin yang mantap akan memberikan jangka hayat yang panjang bagi sesebuah kenderaan.
Jika dibandingkan dengan badan manusia, enjin diumpamakan seperti jantung. Seseorang yang menjalani gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan pemakanan yang terjaga akan memberikannya kesihatan yang terjaga dan meningkatkan kecergasan.
Begitu juga dengan enjin, jika diberikan minyak dan pelincir yang bagus serta penjagaan yang konsisten, ia bukan sahaja memberikan jangka hayat penggunaan yang panjang, bahkan memberikan prestasi dan kecekapan yang memuaskan.


Tanpa penjagaan yang optimum, enjin tidak akan memberikan kemampuannya dengan sepenuhnya oleh kerana beberapa bahagian tidak beroperasi secara sepenuhnya disebabkan oleh kerosakan atau terdapatnya sedimen di dalamnya.
Sedimen boleh berlaku kerana sisa pembakaran yang terkumpul di injap-injap dan injektor. Kemudian, deposit ini menjejaskan sistem pembakaran yang menjadikan kerja enjin kurang optimum.
Salah satu cara untuk memastikan enjin kenderaan kita kelihatan baik dan maksimum adalah menggunakan minyak yang mengandungi teknologi unggul untuk membersihkan enjin dan membantu meningkatkan prestasi dan kadar tindak balas memandu secara harian.
Maka jenis minyak apa yang diperlukan untuk membuat prestasi kenderaan dalam keadaan maksimum?
Shell V-Power meningkatkan prestasi enjin
Shell sebagai pengeluar minyak terkemuka di dunia telah mencipta Shell V-Power sebagai minyak yang mempunyai teknologi terkini untuk meningkatkan prestasi enjin.
Bagi membantu memberikan kecekapan dan prestasi yang tinggi, Shell V-Power baharu menggunakan formula DYNAFLEX dan molekul pengurangan geseran baharu yang lebih tinggi telah menunjukkan prestasi unggul. Shell V-Power juga boleh menyediakan lapisan pelindung antara piston dan silinder, sementara pada masa yang sama membantu mengurangkan geseran supaya enjin berfungsi lebih bebas dan dapat memberikan lebih banyak kuasa semasa kenderaan bergerak.
Shell V-Power yang juga merupakan hasil perkembangan Shell bersama Ferrari, yang mana minyak tersebut digunakan di arena Formula 1 bagi pasukan Ferrari. Perkembangan yang dibuat itu menjadikan minyak itu dianggap berkualiti tinggi dan baik untuk kegunaan mana-mana kenderaan jalan raya. Ini kerana ia memberikan prestasi enjin dan kecekapan yang lebih baik, dan pada masa yang sama dapat membersihkan ruang bakar.
Teknologi DYNAFLEX
Tidak pernah berhenti untuk berinovasi, Shell V-Power dengan teknologi DYNALFEX mempunyai banyak kelebihan. Teknologi ini bukan sahaja dapat memperbaiki keadaan enjin, tetapi juga membantu memaksimumkan tenaga daripada minyak tersebut. V-Power dengan teknologi DYNAFLEX yang baharu dapat membantu kecekapan enjin.
Shell V-Power direka untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan enjin baharu dan lama. Shell V-Power bukan sahaja membantu memperbaiki keadaan enjin, tetapi juga membantu memaksimumkan tenaga daripada minyak dan mengurangkan geseran enjin apabila memandu di landasan yang lancar atau ketika terjadinya kesesakan lalu lintas.
Teknologi DYNAFLEX di Shell V-Power mempunyai dua fungsi untuk kenderaan iaitu bagi membersihkan hampir keseluruhan enjin oleh kerana peranannya adalah membersihkan yang fokus kepada deposit di dalam kenderaan.
Selain itu, ia juga berfungsi untuk mengurangkan geseran. Tujuannya adalah supaya enjin kenderaan tidak mudah panas.
Penggunaan V-Power sepenuhnya secara konsisten menjadikan prestasi kenderaan dapat dimaksimumkan dan pembakaran lebih efektif dan akhirnya penggunaan minyak dapat dijimatkan.
Dari apa yang dijelaskan, boleh dikatakan bahawa Shell V-Power merupakan minyak yang dicipta untuk menjaga enjin kenderaan agar prestasinya tetap diberikan secara sepenuhnya.
Pengalaman setelah menggunakan Shell V-Power
Penulis sendiri berkesempatan menggunakan Shell V-Power bagi merasakan sendiri apa yang mampu diberikannya terhadap kenderaan penulis.
Perkara pertama yang disedari oleh penulis sejurus selepas menukar dari Shell Premium kepada Shell V-Power Gasoline ialah paparan ‘range’ kilometer yang dipaparkan meningkat dari purata 515 kilometer untuk kemasukan penuh menggunakan Shell Premium, kepada 540 kilometer setelah menggunakan Shell V-Power secara sepenuhnya.
Selepas memandu dalam beberapa hari, penulis menyedari bahawa enjin kereta berjalan dengan lebih lancar. Ia sangat ketara semasa proses penukaran gear, di mana sebelum ini dapat dirasakan sedikit gegaran berlaku, namun setelah menggunakannya, gegaran tersebut hilang sepenuhnya. Ini menunjukkan bahawa memang benar V-Power memberikan prestasi yang tinggi. Sebelum ini, penulis biasanya membeli Shell Premium lima ke enam hari sekali dalam seminggu. Setelah menggunakan Shell V-Power buat pertama kali, ini adalah hari kelapan penulis menggunakannya dan minyak tersebut baru masuk ke tahap kosong.
Ini menunjukkan kecekapan Shell V-Power selain ia mampu menjimatkan kos harian. Memberikan prestasi tinggi, kecekapan yang lebih baik, penawaran enjin yang semakin/lebih bersih, pemakaian kenderaan dalam jangka masa lebih lama, penjimatan kos, itu yang penulis dapat perjelaskan.