Wednesday, December 11, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    SHENA, Jabatan Buruh sebar kesedaran keselamatan tempat kerja

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Dengan matlamat untuk memperkukuhkan pemahaman mengenai rangka kerja perundangan yang mengawal selia keselamatan tempat kerja dan pekerjaan di Negara Brunei Darussalam, Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) dan Jabatan Buruh telah bekerjasama menganjurkan program jangkauan yang berlangsung di Dewan Tripartite, Ibu Pejabat Jabatan Buruh, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SHENA, di sini, menyatakan acara itu mengumpulkan wakil-wakil daripada pelbagai syarikat pembinaan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan tempat kerja dan peraturan pekerjaan dan menekankan kepentingan mematuhi piawaian keselamatan dan melindungi hak serta kebajikan pekerja.

    Dalam acara berkenaan, Pegawai Jabatan Buruh membentangkan beberapa topik utama termasuk peruntukan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 serta Anti-Trafficking in Person, Bab 230.

    Sementara itu, SHENA pula berkongsi pandangan berdasarkan aktiviti pemeriksaan dan pemantauannya dengan menonjolkan isu-isu ketidakpatuhan yang sering ditemui di tapak pembinaan seperti amalan kerja di tempat tinggi yang tidak selamat serta penggunaan peralatan dan mesin yang tidak betul.

    SHENA dan Jabatan Buruh berhasrat untuk mengekalkan kerjasama berkenaan melalui inisiatif jangkauan berkala yang menyasarkan sektor swasta dengan hasrat untuk memperkukuhkan pemahaman mengenai rangka kerja perundangan yang mengawal selia keselamatan tempat kerja dan pekerjaan di Brunei Darussalam.

      Semua di atas: Antara pembentangan yang diadakan semasa program berkenaan.

    Pegawai-pegawai dari Jabatan Buruh dan SHENA bergambar-ramai dengan para wakil pelbagai syarikat pembinaan dalam, program berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SHENA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda