Sherpa cipta rekod kali ke-23

KATHMANDU, 15 Mei – Seorang Sherpa mencipta rekod baharu apabila berjaya berada di puncak Gunung Everest untuk kali ke-23 hari ini, puncak tertinggi dunia, menurut syarikat ekspedisinya.

Menjadi malim gunung selama lebih dua dekad, Kami Rita Sherpa, 49, mula-mula mendaki puncak gunung berketinggian 8,848 meter pada tahun 1994 apabila bekerja bagi ekspedisi komersial.

“Saya mendaki bukan untuk rekod dunia, saya hanya bekerja. Malah saya tidak tahu anda telah mencatat rekod itu terlebih dahulu,” katanya bulan lalu sebelum berlepas dari kem pangkalan Everest.

Pendaki Nepal itu juga berjaya menakluki cabaran puncak lain setinggi 8,000 meter termasuk gunung kedua tertinggi di dunia, K2 di Pakistan.

Tahun lalu dia mendaki Everest buat kali ke-22, memecahkan rekod sebelumnya puncak ke-21 yang dikongsinya bersama dua pendaki Sherpa lain.

Etnik Sherpa dari lembah-lembah sekitar Everest amat sinonim dengan pendakian beraltitud tinggi, penting bagi industri pergunungan mewah Nepal, yang menghasilkan pendapatan lebih AS$4 juta setahun bagi negara Himalaya yang miskin itu.

Dengan keupayaan unik mereka yang mampu bekerja pada oksigen rendah, atmosfera beraltitud tinggi, mereka merupakan tulang belakang kepada industri tersebut, membantu klien dan membawa peralatan naik ke puncak Himalaya.

“Ia amat mustahil bagi mana-mana pendaki asing untuk mendaki gunung tanpa bantuan seorang Sherpa,” kata Ang Tshering Sherpa, bekas presiden Nepal Moutaineering Association. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 28 Mac menunjukkan Kami Rita Sherpa ketika berada di Boudhanath Stupa pinggir Kathmandu. – AFP