Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sherry berdoa ditemukan jodoh

    Banyak perkara dihajatkan ketika pelakon, Sherry Ibrahim menunaikan umrah di Tanah Suci, akhir tahun lalu, termasuk soal jodoh.

    Sherry mengaku berdoa agar jodoh sampai di setiap tempat doa mustajab yang diziarahi di Mekah dan Madinah, lapor BH Online.

    Namun, pada usia 41 tahun, Sherry mengakui berserah kepada ketentuan Allah soal jodoh.

    “Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan saya ketika tunaikan umrah, akhir tahun lalu. Saya mahu pergi berdoa di Jabal Rahmah, namun, saya tidak sempat.

    “Saya ada masa singkat, kurang dari 10 hari sebab saya buat sendiri atau ‘DIY’, tanpa pergi kursus, semuanya saya belajar di sana. Memang rasa sangat kerdil, tapi Allah Maha Besar, Allah permudahkan semuanya.

    “Saya berhajat saya mahu berdoa di beberapa tempat dan Allah makbulkan. Di semua tempat mustajab itu saya doakan jodoh saya. Jadi kita tunggu sahaja jawapan dari Allah sebab itu semua rahsia Allah. Kita cuba yang terbaik, kalau ada jodoh… Insya-Allah,” katanya ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Telenovela Ke-9 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, baru-baru ini.

    Sherry berkata, meskipun jodohnya lambat tiba, ia bukanlah sebab dia perlu bersedih. Sebaliknya, Sherry percaya semua itu adalah aturan Allah.

    “Bukan tak hendak berkahwin. Namun, tidak mendirikan rumah tangga tidak berdosa kerana Allah menjadikan yang terbaik buat kita. Mungkin saya tiada jodoh di sini, jodoh saya di syurga nanti.

    “Jadi saya sudah berserah. Mungkin ada hikmahnya, saya kena perbaiki diri dan jaga ibu bapa. Kita kena tengok dari sudut positif. Kalau dengar orang bertanya, memang kita terasa, sebab siapa yang tidak mahu berkahwin,” katanya. – Agensi

    Sherry mengaku berdoa agar jodoh sampai di setiap tempat doa mustajab yang diziarahi di Mekah dan Madinah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda