Wednesday, February 12, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sherry lebih percaya ‘jalan jauh’ untuk kurus

    Pelakon dan pengacara popular, Sherry Alhadad tidak terfikir untuk melakukan pembedahan bariatrik atau memotong usus sebagai jalan pintas untuk menurunkan berat badan, sebaliknya dia lebih percaya dengan ‘jalan jauh’ untuk kurus.

    Oleh itu, beliau lebih kepada senaman dan juga menjaga pemakanan yang sihat.

    Tinjauan Murai.MY melihat Sherry Alhadad dalam Instagramnya, beliau melakukan senaman bersama-sama pasukannya dalam melakukan senaman namun, apa yang menariknya dalam sesi senaman itu, Sherry memakai bengkung ketika senaman.

    Rata-rata warganet memberi sokongan kepada Sherry melakukan senaman ini untuk menurunkan berat badannya kerana percaya kepada usaha kerja keras mesti mendatang hasil yang tidak dijangka-jangka.

    Sekadar info, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad atau lebih dikenali sebagai Sherry Alhadad merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara televisyen. Nama beliau meningkat naik apabila beliau bergelar pelawak dan pengacara TV terkenal termasuk pernah mengacarakan program sensasi Melodi. Beliau begitu popular bersama Zulin Aziz yang sama-sama mengacarakan program bual bicara di TV9 iaitu Diva. – Agensi

    Sherry Alhadad lebih kepada senaman dan juga menjaga pemakanan yang sihat untuk menurunkan berat badan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda