Tuesday, January 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shi Yuqi juara Terbuka Malaysia

    KUALA LUMPUR, 13 JAN – Shi Yuqi dari China merangkul gelaran perseorangan lelaki Terbuka Malaysia selepas kemenangan dominan 21-8, 21-15 ke atas pemain Denmark, Anders Antonsen di Kuala Lumpur, kelmarin.

    Pemain nombor satu dunia itu telah membalas dendam ke atas lawan nombor dua dunianya, setelah tewas dalam perlawanan berturut-turut pada edisi 2024.

    Shi, 28 tahun, adalah pemain yang sukar dijangkakan dalam perlawanan akhir Super 1000 itu, di mana dia hanya memerlukan 39 minit untuk mengesahkan kemenangan di hadapan penonton di Arena Axiata.

    Shi hanya memerlukan 15 minit untuk memenangi perlawanan pembukaan disebabkan permulaan yang mantap.

    Pukulan silang Shi di gelanggang terbukti kekuatannya, yang menyaksikan Antonsen yang berusia 27 tahun itu terlepas beberapa mata.

    Pemain Denmark itu memulakan permainan kedua dengan aksi kemas yang memukau penonton dan dia meneruskan momentum positif yang sama untuk mendahului 11-9.

    Bagaimanapun, kesilapan mula muncul yang kemudiannya menjejaskan permainan apabila Antonsen terlepas satu lagi mata untuk menyusuli 11-14.

    Satu mata bertuah daripada Shi melihat bola yang dikembalikannya jatuh di atas gelanggang pemain Denmark yang mana menambahkan kekecewaannya, dan jaguh China itu seterusnya melakar kemenangan apabila bola yang dikembalikan oleh Antonsen tersasar jauh. – AFP

    Yuqi mengembalikan bola kepada Antonsen semasa perlawanan akhir perseorangan lelaki di Kuala Lumpur pada 12 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda