Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shia LaBeouf ditahan polis, bergaduh di luar muzium

    NEW YORK – Aktor Shia LaBeouf, ditahan selepas didakwa terbabit dalam pergaduhan dengan seorang lelaki di luar sebuah muzium di bandar raya ini.

    Polis berkata, LaBeouf menarik kain selendang seorang lelaki tidak dikenali berusia 25 tahun, di luar Museum of the Moving Image di Queens, selain mencakar wajahnya.

    Pihak berkuasa berkata, aktor itu juga menolak lelaki terbabit. Pelakon utama sekual Transformers itu berdepan dakwaan serangan kecil.

    Tidak jelas sama ada beliau mendapatkan khidmat peguam untuk tujuan itu. Aktor itu yang menyokong Presiden Donald Trump, menghabiskan masa beberapa hari melaungkan “Beliau tidak akan memecah-belahkan kita” di hadapan kamera di luar muzium terbabit. Ia adalah sebahagian projek seni umum dilakukan LaBeouf dan dua rakannya untuk disiarkan dalam tempoh empat tahun akan datang. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda