Monday, December 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shiera gelar cucu dengan nama Moana

    Pelakon dan penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah meluahkan rasa syukur anak sulungnya iaitu Tallisya selamat melahirkan cahaya mata pertama pada pukul 10 pagi, Jumaat.

    Menurut Shahirah atau Shiera, 50, Tallisya selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.25 kilogram di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang.

    Kata Shiera lagi, Tallisya sepatutnya bersalin pada awal tahun depan namun selepas dinasihati doktor, anaknya perlu menjalani pembedahan secepat mungkin.

    “Saiz anak agak besar, maklumlah ibunya pula kecil macam mana pula.

    “Jadi doktor sarankan buat caesar walaupun kalau ikutkan Tallisya akan bersalin pada Januari depan.

    Shiera bersyukur Tallisya sudah selamat bersalin di Kuantan, Pahang. – mStar

    “Apa pun semuanya sudah selesai, anak saya selamat lahirkan cucu sulung,” katanya ketika dihubungi mStar pada petang Jumaat.

    Dalam pada itu, Shiera memberitahu cucu sulungnya itu sudah pun mempunyai nama yang diberikan oleh kedua ibu bapanya.

    Shiera bagaimanapun enggan mendedahkan nama sebenar kerana mahu memberi ruang kepada anaknya untuk mengumumkan sendiri.

    Namun Shiera memberitahu dia menggelar anak itu dengan panggilan Moana.

    “Cucu saya tu dah ada nama tapi Tallisya suruh rahsiakan dulu.

    “Tapi ada nama gelaran, saya panggil dia Moana.

    “Sebab anak pulaukan? Jadi itulah gelaran cucu sulung saya,” ujarnya.

    Untuk rekod, Tallisya, 26, merupakan anak hasil perkahwinannya bersama bekas suami iaitu penyanyi Jatt Ali.

    Shiera kemudiannya berkahwin dengan pelakon Ijoy Azhari pada 2003 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Airel, 20, Airra, 17, Audra, 15 dan Adeena, 8. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda