Sunday, February 9, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shiha tonjol babak emosi dalam muzik video terbaru

    SELEPAS tamat tempoh kontrak bersama pengurusan Wake The Baby, kini Shiha Zikir bergerak sendiri dan muncul dengan single terbaru berjudul Jagakan Dia.

    Mempertaruhkan melodi balada, Shiha menjadi antara penyanyi yang masih berani meletakkan balada ‘grand’ sebagai genre saat penyanyi lain mengikut arus dengan muzik ala 90-an.

    Lagu ciptaan komposer Ippo Hafiz ini serasi dengan vokal Shiha yang semakin matang berbanding lagu terdahulu.

    Lagu terakhirnya, Seperti Novel Cinta dikenali namun tidak terlalu ‘meletup’ sehingga mencuri tumpuan. Apa yang pasti ada sedikit kelainan yang ditampilkan dalam Jagakan Dia.

    Dari segi susunan muzik, memang tidak dinafikan Ippo melakukan kerjanya dengan sangat baik. Begitu juga dengan lirik yang sangat menyentuh hati.

    Shiha Zikir tampil dengan babak emosi dalam muzik video bagi lagu terbarunya, Jagakan Dia.

    Bercerita mengenai lirik Jagakan Dia, ada sesuatu yang Shiha ingin sampaikan kepada peminatnya.

    “Ia berkisar cerita sebenar kenalan saya, dan cuba terjemahkan dalam bentuk visual menerusi lagu Jagakan Dia.

    “Sedikit sebanyak, saya ingin mengangkat kisah wanita yang kematian anak dan apa yang berlaku mengganggu emosi serta mentalnya,” kata Shiha.

    Video muzik Jagakan Dia yang dimuat naik ke YouTube sejak 16 Oktober lalu kini sudah mencecah jumlah tontonan 200,000.

    “Kalau sebelum ini, video muzik lagu saya sekadar menunjukkan saya menyanyikan lagu, kali ini turut diselitkan elemen drama bagi membuatkan penonton lebih menjiwai lagu Jagakan Dia,” katanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda