Tuesday, April 22, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shiha Zikir beri andaian ada lagu baharu dengan Malique

    Kemunculan Shiha Zikir di studio rakaman Qarma milik penyanyi dan komposer Malique menerima pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

    Menerusi perkongsian foto di Instagram milik penyanyi rap berkenaan, Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 38, dilihat bergambar bersama komposer Trip Disz di studio tersebut.

    Tanpa sebarang kapsyen dibuat, rata-rata warganet mempersoalkan kehadiran Shiha dan membuat spekulasi bahawa mereka bakal bekerjasama dalam menghasilkan lagu baharu.

    “Wah dah masuk studio Qarma. Ada collab lagu baru ke nanti? ; Kali terakhir di bawah Qarma dengan Shiha dan Ben Ladin rasanya, ini projek baru ke?

    “Shiha pula, petanda apakah ini? Lagu baru kot. Shiha rap nanti,” antara komen warganet.

    Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, penyanyi lagu Angan ini mengucapkan terima kasih kepada Malique kerana banyak memberikan tunjuk ajar kepadanya dalam bidang muzik.

    “Terima kasih Mr General (panggilan Malique). Banyak benda Shiha belajar, saya hargai sangat,” katanya.

    Sebelum ini, Shiha pernah menyanyikan lagu ciptaan Malique berjudul Angan nyanyian bersama penyanyi Ben Laden pada tahun 2023.

    Untuk info, selepas kumpulan Too Phat dibubarkan, Malique tidak pernah muncul di mana-mana platform media. Namun, dia masih aktif dalam menghasilkan lagu serta banyak menghabiskan masa dengan bekerja di belakang tabir. – Agensi

    Kehadiran Shiha di studio Qarma mendapat perhatian ramai. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda