Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shiha Zikir fobia naik pesawat

    Penyanyi Malaysia, Shiha Zikir mendedahkan masalah kebimbangan melampau atau anxiety dialami semakin parah sehingga dia takut menaiki kapal terbang.

    Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 36, berkata, berita tentang pesawat terhempas sebelum ini juga menjadi faktor yang menyumbang kepada ketakutannya.

    “Mungkin ramai tak tahu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anxiety semakin menjadi-jadi… Tambahan pula ketika itu banyak berita tentang pesawat terhempas.

    “Sekarang ini terbayang kapal terbang pun rasa berdebar,” katanya.

    Shiha berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya hari ini.

    Shiha cuba elak menggunakan pengangkutan udara. – mStar

    Menerusi hantaran yang dimuat naik, dia juga berkongsi perbualan dengan seseorang yang mengundangnya mengadakan persembahan pentas di Kuching, Sarawak.

    Menurut laporan mStar, Shiha juga memaklumkan banyak tawaran kerja yang terpaksa ditolak sekiranya memerlukan dia perlu menggunakan pengangkutan udara.

    “Saya fobia kepada laut. Selalu terbayang kapal terbang terhempas jatuh laut.

    “Banyak kerja yang saya tidak ambil kalau perlu naik pesawat,” ujarnya.

    Tambahnya dia juga tidak pasti punca sebenar masalah tersebut sedangkan sebelum ini dia sering menaiki pesawat termasuk ketika aktif membuat persembahan di Indonesia.

    “Sebelum ini setiap minggu ulang-alik ke Indonesia dan bercuti ke mana-mana. Inilah sebabnya saya sudah lama tidak ke Indonesia dan ke tempat yang memerlukan naik pesawat,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda