Saturday, March 1, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shikin nafi Emma Maembong sudah berkahwin

    Kakak Emma Maembong, iaitu Shikin menafikan dakwaan adiknya sudah bernikah dengan deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd.

    Shikin atau nama penuh, Siti Nur’ Ashikin Ismail, berkata berita yang hangat diperkatakan warga maya itu, palsu.

    “Saya tidak tahu dapat cerita dari mana…. Memang tidak benar langsung. Kami adik-beradik, kalau apa-apa termasuk kalau berkenalan dengan orang baharu, orang pertama yang dikongsi adalah adik-beradik… Kami sangat rapat. Jadi, kalau ada masalah, terutama babitkan hari bahagia, mestilah kami akan sampaikan kepada keluarga dahulu, minta pendapat adik-beradik dan sudah tentu, dia (Emma) akan minta restu ibu bapa, termasuk abang kami (Bakri).

    “Apa-apa kami rujuk abang dahulu, kemudian ayah. Jadi, apabila dengar gosip ini (Emma berkahwin buat kali kedua), agak terkejut sebab tiada pun (majlis kahwin),” katanya pada sidang media pengumuman rasmi Karnival Warisan @ Saloma di Restoran Saloma Kuala Lumpur di sini, semalam.

    Baru-baru ini, kecoh apabila deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd, memuat naik video menunggang motosikal bersama Emma yang digelarnya isteri.

    Januari lalu, hubungan rapat Emma dengan DJ Kidd diperkatakan selepas lelaki terbabit dilapor secara terbuka mendedahkan perasaannya bahawa aktres itu berada dalam hatinya. – Agensi

    Shikin menafikan dakwaan Emma Maembong sudah bernikah dengan deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda