Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shila Amzah berkorban ulang-alik ke China demi keluarga

    Jika tiada sebarang keperluan, penyanyi Shila Amzah tidak akan keluar rumah dan menghabiskan masa sepenuhnya dengan keluarga.

    Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, berkata, tuntutan kerja selain terpaksa berulang-alik ke luar negara membuatkan dia lebih menghargai masa bersama suami dan anak-anak.

    “Ogos, September dan Oktober adalah bulan yang sibuk bagi saya. Dari Shanghai-Wuxi (China) ke Malaysia, kemudian ke Bali (Indonesia) dan balik Malaysia kemudian saya perlu ke China lagi.

    “Memang seminggu dalam tiga atau empat hari sahaja di rumah kemudian terbang semula ke luar negara untuk urusan kerja. Disebabkan itu, jika tidak sebarang keperluan saya tak rasa nak keluar langsung, hanya mahu bersama anak-anak saya,” katanya.

    Shila berkongsi perkara itu ketika menjawab soalan diajukan pengikut di Instagram miliknya yang mahu mengetahui caranya membahagikan masa antara keluarga dan karier.

    Dalam pada itu, Shila berkata, walaupun jadualnya padat namun pengorbanan dilakukan adalah demi keluarga tercinta.

    Shila juga bersyukur apabila anak sulungnya, Seth Uwais sudah memahami tugasnya sebagai seorang penghibur dan sering berjauhan.

    “Itulah saya terpaksa berkorban tetapi saya bersyukur Alhamdulillah anak lelaki saya Seth sudah faham dan pandai buat panggilan video. Saya rindu juga pada Rhea (anak perempuan), rindu bau ‘masam’ dia namun pada akhirnya saya lakukan pengorbanan ini semua ini buat keluarga hanya kerana Allah,” ujarnya.

    Pada Isnin lalu, Shila memaklumkan dia bakal bertanding dalam sebuah program televisyen di China iaitu Singing With Legends musim keenam.

    Kata Shila, penyertaan dalam program tersebut adalah langkah untuk terus mengembangkan dan mengukuhkan kerjaya seni di peringkat antarabangsa. – Agensi

    Shila mahu lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda