KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Shila Amzah dilaporkan selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya 3 November lalu.
Artis berusia 27 tahun itu mengumumkan pertunangannya dengan Haris Idraki, 28 tahun, di kediaman keluarga Shila di Cheras.
Haris yang bekerja dalam sektor kewangan di kota London, juga pernah menjadi seorang wartawan.
Khabar angin tentang pertunangan Shila mula tersebar di laman media sosial apabila artis yang mencipta nama di China itu memuat naik gambar-gambar di Instagram.
Pasangan tersebut turut dilaporkan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/B-10p3-rubie_071117.jpg)