Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shila Amzah dedah alami kebimbangan melampau

    Bukan mudah untuk melalui fasa kehamilan, penyanyi Malaysia, Shila Amzah berkongsi mengalami kegelisahan dan kebimbangan melampau atau anxiety sepanjang tempoh berbadan dua.

    Memetik laporan mStar, menurut Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, sudah empat hari beliau tidak dapat tidur nyenyak gara-gara perubahan emosi dialaminya.

    Kata Shila, beliau tidak mahu trauma kisah silam yang dilaluinya sebelum ini terus menghantui diri, sebaliknya berazam ingin menjadi isteri dan ibu yang sihat.

    “Kegelisahan dan kebimbangan melampau (anxiety) semasa hamil bukan perkara main-main. Saya sudah empat hari tidak dapat tidur dengan nyenyak.

    “Saya mahu meninggalkan semua perkara toksik dan tidak mahu trauma masa lalu menghantui saya lagi.

    “Saya mahu menjadi isteri dan ibu yang sihat… Itu sahaja,” katanya.

    Shila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.

    Menerusi perkongsian yang dibuat, Shila buat pertama kali berkongsi foto memperlihatkan penampilannya yang kini sedang berbadan dua.

    Sebelum ini, Shila pernah memberitahu emosinya tidak stabil dan menangis setiap hari sejak disahkan hamil anak kedua.

    Kata Shila, kandungan kali ini juga membuatkan beliau berasa lesu selain hilang selera makan sehingga membuatkan dirinya sukar bangun daripada katil.

    Pada 4 Januari lalu, Shila mengesahkan beliau dan suami iaitu Ubai bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

    Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, pada 4 Ogos 2023.

    Penyanyi lagu Patah Seribu itu juga pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018 namun ikatan itu berakhir dengan penceraian.

    Hasuk perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun. – Agensi

    Shila Amzah berkongsi foto sedang hamil anak kedua. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda