Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shila Amzah terima 150K undian peminat China dalam masa 15 minit

    Persembahan memukau penyanyi Shila Amzah di pentas separuh akhir program Singing With Legends berjaya menambat hati penonton di China.

    Mana tidaknya, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, mencipta rekod tersendiri apabila persembahannya memperoleh hampir 150,000 jumlah ‘like’ di laman Weibo. Apa yang menarik, undian tersebut diperoleh dalam tempoh kurang dari 15 minit.

    Tampil sebagai peserta dengan undian tertinggi, Shila meluahkan rasa syukur dan terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh peminatnya.

    “Saya rasa nak menangis dan sangat terharu lepas dapat tahu perkara ini. Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini,” katanya menerusi program tersebut pada malam Ahad.

    Menerusi pentas separuh akhir, Shila mencabar diri mendendangkan dua buah lagu mandarin iaitu Ru Guo Ni Ye Ting Shuo dan A Chu Gu Niang bersama penyanyi asal negara berkenaan iaitu Zhang Yuan.

    Weibo merupakan laman media sosial yang popular di China dan mempunyai fungsi mikroblog sama seperti Facebook, Instagram dan X.

    Sebelum ini, Shila dinobatkan juara mingguan sekali gus melayakkan diri bersaing di pentas akhir pertandingan berkenaan.

    Pada awal September lalu, Shila mengumumkan dia bakal bertanding dalam sebuah program televisyen di China iaitu Singing With Legends musim keenam.

    Program ini merupakan penyertaan Shila yang ketiga di negara tembok besar itu selepas menjuarai program Asian Wave pada 2012. – Agensi

    Shila cipta rekod tersendiri memperoleh jumlah like tertinggi di Weibo. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda