Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shila Amzah utamakan nafkah wajib

    Penyanyi Shila Amzah mendedahkan tunangnya iaitu Ubai berasa tertekan tentang soal kewangan memandangkan sumber pendapatannya lebih kukuh berbanding bakal suaminya itu.

    Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata, dia sedar tidak mungkin personaliti media sosial itu mencapai pendapatan seperti diperolehinya ketika ini namun itu bukan perkara menghalang hubungan mereka.

    Sebaliknya kata penyanyi lagu Patah Seribu itu, sekiranya keperluan wajib seperti nafkah dan urusan insurans dapat dilaksanakan Ubai, ia sudah mencukupi buat masa sekarang.

    “Kami banyak berbincang tentang soal ini. Sejujurnya dia tertekan tapi saya cakap dengan dia, usaha dan doa. Untuk dia capai seperti saya sekarang memang tak mungkin.

    “Asalkan kita dapat selesaikan nafkah apa yang patut, insurans dan perancangan beli rumah, itu sudah mencukupi buat masa sekarang,” katanya.

    Shila berkongsi perkara itu menerusi ruangan soalan yang dibuka kepada pengikutnya di Instastory hari ini.

    Salah seorang peminatnya bertanya bagaimana Shila dan Ubai atau Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, merancang kewangan mereka kerana penyanyi itu dilihat mempunyai pendapatan lebih besar berbanding tunangnya.

    Shila bagaimanapun tetap positif dan sering menasihatkan Ubai untuk berusaha sehabis baik dan menyerahkan selebihnya kepada rezeki. – Agensi

    Shila dan Ubai mengikat tali pertunangan selepas lima bulan menjalinkan hubungan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda