Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shila nafi campuri konflik keluarga Amy

    Teka-teki mengenai identiti penyanyi legenda yang dikaitkan dengan insiden serangan lisan terhadap Shila Amzah akhirnya terjawab apabila penyanyi itu tampil menyangkal dakwaan kononnya dia mencampuri urusan keluarga Datuk Amy Search.

    Memetik laporan mStar, menurut Shila, dia sama sekali tidak ambil tahu mengenai konflik yang berlaku membabitkan hubungan antara isteri Amy iaitu Datin Nourish Hassan bersama anaknya iaitu pelakon Nabila Huda yang dipercayai dingin.

    “Apabila dikatakan saya mengacau keluarga orang lain, ini sama sekali tidak benar dan tidak berasas,” katanya dalam satu temu bual pada Sabtu.

    Menurut Shila, sokongan yang diberikan terhadap Nabila sebelum ini bukan bermakna dia mencampuri urusan keluarga itu, sebaliknya atas dasar empati terhadap seorang rakan industri yang melalui situasi hampir sama.

    “Masalah keluarga saya sangat umum. Saya menyokong kenyataan Abil (Nabila) kerana dia turut melalui liku-liku kehidupan bersama keluarganya yang hampir sama berlaku kepada kami berdua.

    “Tindakan saya itu adalah sokongan terhadap seorang rakan industri. Saya pun tidak menyebut nama sesiapa. Apabila saya setuju apa yang dirasainya itu lebih kepada kisah bersama ibu tiri saya,” katanya.

    Sebelum ini, polis mengesahkan sudah mengambil keterangan daripada seorang penyanyi legenda susulan insiden menyerang Shila Amzah secara lisan ketika sesi latihan konsert baru-baru ini. – Agensi

    Shila menjawab dakwaan mencampuri urusan keluarga Amy Search. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda