Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shiloh Jolie sah gugur nama Pitt

    Anak pelakon Brad Pitt dan Angelina Jollie, Shiloh Jolie-Pitt akhirnya menerima kebenaran untuk menggugurkan nama keluarga bapanya secara sah, memetik laporan mStar.

    Dailymail melaporkan, tiada perbicaraan rasmi bagi penukaran nama tersebut namun sebuah petisyen sudah diberikan kepada Shiloh pada Isnin mengikut dokumen rasmi mahkamah.

    Pada Mei lalu, Shiloh mengupah dan membayar peguam bagi memfailkan tuntutan menggugurkan nama Pitt bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-18. Shiloh memfailkan untuk menukar namanya daripada Shiloh Nouvel Jolie-Pitt kepada Shiloh Nouvel Jolie. Tindakan beliau menggugurkan nama keluarga Brad Pitt kerana Shiloh enggan lagi ada kaitan dengan aktor berkenaan.

    Tidak hanya Shiloh, adiknya iaitu pasangan kembar Vivienne Jolie-Pitt dan Knox Jolie-Pitt, 15, juga mahu membuang nama bapanya dalam pendaftaran. Malah Vivienne telah memperkenalkan nama baharunya ketika menghadiri beberapa acara.

    Sebelum ini, dua anak angkat pasangan itu, Zahara Jolie-Pitt, 19, dan Maddox Jolie-Pitt, 22, turut menggugurkan nama Brad. Bagaimanapun mereka tidak memfailkan penukaran nama secara rasmi seperti dilakukan Shiloh.

    Untuk rekod, Brad berkahwin dengan pelakon Angelina Jollie pada 2014 namun bercerai pada 2019. Pasangan pelakon itu turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Pax Thien Jolie-Pitt, 20 tahun. – Agensi

    Shiloh secara sah menggugurkan nama keluarga Pitt – okmagazine.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda