Pelakon Bollywood Shilpa Shetty memberitahu dia tidak mengetahui tentang kandungan dalam salah satu aplikasi mudah alih di mana suaminya, Raj Kundra dituduh melakukan penstriman kandungan pornografi.
Shetty mengatakan suaminya tidak terlibat dengan aplikasi tersebut dan menekankan perbezaan antara ‘erotika’ dan ‘pornografi’.
Dia menegaskan suaminya Kundra tidak sama sekali terlibat dalam menghasilkan kandungan pornografi. Polis merakam kenyataan Shetty ketika sesi soal siasat. Menurut sumber, polis membuat siasatan itu bagi memeriksa sama ada aktres itu mengetahui mengenai dakwaan suaminya dengan filem pornografi.
Pada mingau lalu, polis merampas gambar dan video bersaiz 48TB yang kebanyakannya adalah kandungan dewasa milik Raj Kundra. Setakat ini polis juga turut merampas wang tunai bernilai Rs 7.5 juta bersamaan RM4.26 juta. Kundra telah menafikan melakukan kesalahan tersebut dan juga telah menamakan Pradeep Bakshi sebagai dalang utama.
Terdahulu, Raj Kundra, 45, direman atas tiga kesalahan menghasilkan dan menyiarkan filem pornografi secara dalam talian. – Agensi
