Sunday, May 11, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shim Eun Jin, Jeon Seung Bin kini bergelar suami isteri

    Tidak sampai setahun menjalinkan hubungan cinta akhirnya pasangan pelakon iaitu Shim Eun Jin dan Jeon Seung Bin kini sudah sah menjadi suami isteri pada awal minggu ini.

    Memetik laporan Soompi, Shim Eun Jin mendedahkan mereka mula berkenalan ketika bergandingan dalam drama Bad Love dan mengambil keputusan untuk membawa hubungan yang lebih serius selepas tamat drama tersebut.

    “Walaupun saya berasa segan tapi saya buat pengakuan kepada semua orang. Mulai 12 Januari 2021, saya dan Jeon Seung Bin kini sah menjadi suami isteri.

    “Kami mula kenal satu sama lain ketika drama Bad Love dan meluangkan masa sebagai rakan kerja dalam industri. Selepas selesai drama tersebut, kami akhirnya sama-sama meluahkan perasaan.

    “Sejak itu, kami mengambil keputusan untuk lebih serius dengan hubungan kami sehingga ke hari ini. Mungkin bagi segelintir orang beranggapan kami terlalu terdesak nak kahwin memandangkan bercinta tak sampai setahun. “Tapi sejujurnya, saya bukanlah muda lagi, saya tidak mahu berasa bimbang. Lama atau sekejap, bukan satu masalah untuk saya. Apa yang penting, saya mahu hidup bersama selamanya dengannya,” katanya. – Agensi

    Tidak sampai setahun bercinta, Shim Eun Jin dan Jeon Seung Bin kini sudah sah menjadi suami isteri. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda