Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shim Eun Woo bebas tuduhan buli di sekolah

    Selepas empat tahun tiada tawaran berlakon, pelakon Shim Eun Woo menarik nafas lega selepas secara rasmi bebas daripada tuduhan membuli sewaktu zaman persekolahannya.

    Justeru Eun Woo, 33, berharap dia diberikan peluang kedua untuk kembali berlakon selepas ini, lapor mStar.

    “Saya tidak mempunyai banyak peluang berlakon. Saya mengambil cuti kira-kira lima tahun kerana isu buli sewaktu zaman persekolahan.

    “Tetapi selepas ‘pertempuran’ yang panjang, akhirnya segala dakwaan itu tidak benar.

    “Saya harap saya diberikan peluang kedua selepas lama berehat disebabkan kes berkenaan,” katanya.

    Shim Eun Woo bersyukur kerana terlepas dakwaan membuli waktu zaman sekolah. – mStar

    Eun Woo berkongsi perkara itu menerusi program Shwim yang ditayangkan menerusi platform YouTube miliknya pada Sabtu.

    Untuk rekod kerjaya Eun Woo terhenti pada tahun 2021 selepas seorang wanita mendakwa dirinya menjadi mangsa buli aktres itu ketika di bangku sekolah menengah.

    Eun Woo pada awalnya menafikan dakwaan tersebut, tetapi kemudian dia mengeluarkan permohonan maaf atas tingkah lakunya yang tidak matang sehingga menyebabkan sebarang kecederaan.

    Permohonan maaf itu membawa kepada spekulasi meluas bahawa dia sudah mengakui dakwaan itu.

    Bagaimanapun pada 2023, Eun Woo menjelaskan permohonan maaf itu bukan pengakuan bersalah, tetapi tindak balas kepada salah faham.

    Akhirnya, pada Mac 2025, agensinya mengumumkan siasatan polis menyimpulkan dakwaan terhadap Eun Woo selama ini adalah palsu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda