Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Shima Anuar dikecam biar anak cakap Inggeris?

    Perkongsian video di laman Instagram memperlihatkan pelakon Shima Anuar bertutur dengan anak perempuannya dalam Bahasa Inggeris mengundang kritikan warganet di laman sosial.

    Menerusi paparan skrin yang dimuat naik, Shima menunjukkan mesej warganet yang mempertikaikan tindakannya menggunakan Bahasa Inggeris untuk bercakap dengan anak.

    Menurut Individu itu lagi, ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak untuk berbicara dalam Bahasa Melayu.

    “Kenapa ibu bapa sekarang gemar cakap Bahasa Inggeris dengan anak-anak. Kenapa tidak menggunakan Bahasa Melayu, bahasa Malaysia?” soal individu tersebut.

    Menjawab persoalan warganet berkenaan, Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar memberitahu dia mahu anaknya menguasai pelbagai bahasa bukan tertumpu pada satu bahasa sahaja.

    Warganet tegur Shima gemar menggunakan Bahasa Inggeris untuk bercakap dengan anak. – Agensi

    Biarpun petah berbahasa Inggeris, namun pelakon berusia 31 tahun ini tetap berbangga anak perempuannya iaitu Marian Sophia, 3, masih fasih bercakap dan memahami Bahasa Melayu.

    Malah, pelakon drama siri SuamiKu Lelaki Pendosa ini juga memberitahu dia ingin mengajar anak-anaknya bercakap dalam Bahasa Cina dan Tamil.

    “Nak bagi anak kuasai pelbagai bahasa. Senang untuk mereka bila besar nanti. Kalau saya boleh bertutur Bahasa Cina dan Tamil, saya juga akan ajar mereka bahasa itu.

    “Alhamdulillah anak-anak saya fasih bercakap dan faham Bahasa Melayu dan Inggeris. Bukan hanya Bahasa Inggeris semata-mata.

    “Kalau boleh belajar banyak, kenapa nak belajar satu sahaja?” kata Shima.

    Untuk rekod, Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017.

    Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.

    Pada Februari lalu, Shima berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dia sedang hamil anak ketiga namun dia terpaksa menjalani pembedahan menggugurkan kandungan selepas disahkan hamil luar rahim pada awal Mac lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...