Shin Se Kyung menghangatkan musim sejuk dengan memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Menurut sumber, mendedahkan hari ini Shin Se Kyung telah menyumbangkan pendapatannya dari saluran YouTube peribadinya kepada pembangunan kemanusiaan antarabangsa NGO, Good Neighbors.
Sumbangan yang diberikan Shin Se Kyung itu akan digunakan untuk membuat keperluan bagi gadis-gadis muda seperti barang ke-perluan tuala wanita.
Pelakon itu dikatakan menunjukkan minat yang tinggi untuk memberi semula kepada masyarakat dan memutuskan untuk membuat sumbangan selepas belajar kesulitan yang dihadapi remaja daripada keluarga yang mengalami krisis.
“Apabila saya berkongsi kehidupan seharian di YouTube dan berhubung dengan orang ramai, saya berfikir tentang apa yang boleh saya lakukan untuk berkongsi bersama orang ramai di dunia ini. Saya telah menerima banyak kasih sayang beberapa tahun ke belakangan, dan saya mahu membayar balik. Saya berharap sumbangan saya ini akan dapat membantu golongan muda, anak-anak gadis yang semakin meningkatkan memerlukan banyak sokongan,” Shin Se Kyung menyatakan.
Shin Se Kyung bintang MBC yang telah muncul dalam drama Rookie Historian, Goo Hae Ryung dan akan menghadiri Anugerah Drama MBC 2019 pada hari ini. – Agensi
