Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shin Sung Rok undur diri dari Penthouse

    Shin Sung Rok telah mengumumkan bahawa dia akan mengundurkan diri dari barisan pelakon bagi drama SBS mendatang Penthouse.

    Pada bulan lalu, agensi Shin Sung Rok, HB Entertainment mengesahkan bahawa artis tersebut telah membuat keputusan untuk berlakon dalam Penthouse sebagai watak lelaki utama.

    Drama tersebut akan menjadikan pertemuan semula beliau dengan penulis Kim Soon Ok dan pengarah penerbitan Joo Dong Min, yang pernah bekerjasama dengan beliau pada drama hit SBS The Last Empress.

    Namun, pada 6 Mac lalu, HB Entertainment mengumumkan, “Oleh kerana konflik penjadualan, (Shin Sung Rok) tidak dapat mengikuti drama tersebut.”

    SBS juga mengesahkan, “Shin Sung Rok akan mengundurkan diri dari Penthouse. Beliau tidak dapat tampil dalam drama tersebut akibat konflik penjadualan.” – Agensi

    Shin Sung Rok terpaksa mengundurkan diri dari berlakon dalam drama SBS baharu Penthouse. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda