Thursday, May 15, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shine Cycle Studio dirasmikan

    Oleh Syahmi Hassan

    Gambar oleh Bahyiah Bakir

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Feb – Kelas-kelas pembukaan yang diadakan oleh Shine Cycle Studio selama dua hari bersempena pembukaannya telah mendapat sambutan yang sangat positif dan dijadikan tempat di mana setiap orang adalah seperti sebuah keluarga besar tanpa mengira sesiapa.

    Studio milik Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah terletak di Sumbangsih Bahagia itu secara rasmi dibukakan kepada orang ramai pada petang hari ini.

    Pembukaannya menyaksikan keberangkatan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah serta kerabat diraja yang turut menyertai kelas ‘spinning’ yang diadakan bersempena dengan pembukaan tersebut.

    Juga hadir pada majlis pembukaan Shine Cycle ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Dalam temu bual bersama Media Permata, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah menekankan bahawa idea membuka studio berkenaan bermula ketika mengunjungi studio butik, Cyle di London dengan konsep dan jenisnya sama seperti di Sole Cyle di Amerika Syarikat.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berkenan menyertai sesi spinning di studio berkenaan.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan YAM Pengiran Muda Bahar.

    “Kami kira ia akan menjadi idea yang hebat untuk membawanya ke Brunei. Ia bukan seperti gim tetapi ia dapat menggabungkan gaya hidup dan memberikan pilihan kepada orang ramai untuk menjadi tempat santai.

    “Saya rasa tenaga yang kami dapat dari dua hari yang lalu untuk kelas pembukaan adalah luar biasa. Semua orang keluar dari kelas dan mereka berinteraksi antara satu sama lain dan juga menggalakkan satu sama lain, oleh yang demikian ia benar-benar sesuatu yang positif dan bagus untuk dilihat,” tegas Yang Teramat Mulia.

    Rakan kongsi perniagaan, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar, yang juga hadir di majlis pembukaan itu, menyatakan bahawa mereka benar-benar mahu membawa idea dari apa yang mereka pernah lihat dan cuba ketika di London, Amerika dan Thailand.

    “Kami mahu membawa butik-butik seperti itu ke Brunei supaya ia juga dapat meningkatkan gaya hidup, meningkatkan kesedaran kecergasan melalui cara yang berbeza,” jelasnya.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah juga menegaskan bahawa sukan secara amnya adalah sangat penting di mana jika seseorang melakukan sukan secara bersaing, mereka juga perlu memastikan tahap kecergasan cukup tinggi. Oleh itu, bukan sahaja penting untuk bersenam sepanjang bulan tetapi untuk memasukkannya ke dalam kehidupan seharian mereka dan menjadikannya sebagai gaya hidup.

    Dalam hal tersebut, YAM Pengiran Muda Bahar menambah bahawa dalam sukan, mereka banyak melakukan latihan terutama untuk menjadi sebahagian daripada sukan Brunei seperti penyertaan di Sukan SEA baru-baru ini, di mana Yang Teramat Mulia dan YAM Pengiran Muda Bahar terlibat dalam Pasukan Polo Brunei.

    “Ia adalah sangat baik untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang besar dan mudah-mudahan ia akan mempengaruhi ramai orang muda untuk mengambil bahagian dalam sukan untuk bersaing dan sentiasa cuba untuk menjadi lebih cergas dan sihat pada masa yang sama.

    “Ia bukan sahaja bagi meningkatkan kecergasan malah meningkatkan disiplin. Anda mengembara dunia, anda melatih yang terbaik, anda bersaing dengan yang terbaik dan itulah bagaimana anda meningkatkan diri sebagai individu juga,” tambah Yang Amat Mulia.

    Manakala itu, pemilik Indoor Cycle Design, Barbara Chancey yang dilantik menjadi perunding untuk penubuhan Shine Cycle menjelaskan bahawa YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah membuka Shine Cyle bukan untuk meraih keuntungan, malahan ia juga dapat membantu orang ramai. “Ini merupakan keperluan bagi membantu orang ramai,” jelas Barbara Chancey yang telah membuka lebih daripada 200 studio di peringkat antarabangsa.

    “Oleh yang demikian, kami mula bekerjasama dan apabila kami memutuskan untuk memilih nama yang sesuai untuk studio ini, YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah mula menyentuh tentang iluminasi dan kegembiraan, dan dari sana mereka memutuskan untuk menamakan studio berkenaan sebagai Shine Cycle.

    “Jika kami dapat merubah 45 minit dalam hidup anda dan menjadikan anda lebih bahagia, anda akan keluar dari studio menjadi ibu yang lebih baik, pelajar yang lebih baik, bapa yang lebih baik, pekerja yang lebih baik.

    “Empat puluh lima minit berubah menjadi satu hari, satu hari berubah menjadi satu minggu, satu minggu menjadi satu tahun. Ia adalah kesan ‘Ripple’ (Ripple Effect). Ia adalah kuasa positif kesan ‘Ripple’ dan YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan mengongsikan ia dengan negaranya,” tambahnya lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/