Oleh Normazlina M.D
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Shineblingz salah sebuah syarikat yang dikendalikan oleh anak tempatan dengan menawarkan lebih 20 jenis haruman bagi pewangi di ruang tamu, kereta dan bilik tidur, kini telah membuka cawangan barunya di Tingkat 3, The Mall Gadong.
Menurut Pengurus Syarikat Shineblingz Enterprise, Haji Fahmi, produk Shineblingz telah mendapat sambutan dan sokongan yang sangat menggalakkan daripada para pelanggan. Ini kerana produk wangian jenama tempatan itu sentiasa memberikan aroma positif yang berunsur alami dan diminati oleh orang ramai.
“Syukur alhamdulillah, dengan adanya cawangan baru Shineblingz di The Mall Gadong ini, ia akan memudahkan lagi pelanggan-pelanggan Shineblingz untuk mendapatkan aroma kegemaran mereka,” jelasnya lagi.

Bersempena pembukaan cawangan baru itu juga, Shineblingz telah memperkenalkan aroma baru iaitu Sweet Strawberry yang menampilkan haruman sangat manis sesuai untuk mereka yang sukakan aroma-aroma manis.
Selain memiliki cawangan baru, Shineblingz juga sekarang berusaha meluaskan perniagaan mereka bagi pengedaran produk ke Malaysia dan kini sudah pun mempunyai beberapa pelanggan tetap dan stokis di Malaysia.