Monday, October 14, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shiqin Kamal kecewa jumlah ‘follower’ jadi ukuran

    Nama ditolak gara-gara jumlah pengikut rendah dalam laman sosial membuatkan pelakon Shiqin Kamal, 32, kecewa dengan sikap selektif sesetengah produksi.

    Jika bakat bukan lagi menjadi ukuran, sebaliknya kemasyhuran lebih menjadi keutamaan, Shiqin akui, sampai bila-bila standard drama tempatan akan terus berada di takuk lama.

    “Saya kecewa biarpun lakonan sering dipuji, namun malangnya, nama saya sukar untuk diketengahkan kerana jumlah pengikut rendah dalam laman sosial.

    “Jika sampai bila-bila jumlah ‘follower’ dijadikan ukuran, drama tempatan tidak akan ke mana.

    “Jadi, syarikat produksi janganlah merungut jika pelakon memiliki ramai pengikut tidak boleh berlakon atau menimbulkan masalah disiplin seperti datang lambat.

    Shiqin kecewa nama sukar untuk diketengahkan kerana jumlah pengikut rendah dalam laman sosial. – Agensi

    “Ini kerana ia adalah pilihan penerbit dan pengarah, telan sahaja kerenah artis yang disanjung itu,” katanya kepada wartawan.

    Shiqin atau nama sebenarnya, Nur Ashiqin Mohd Kamal berkata, pemilihan pelakon berdasarkan jumlah pengikut tidak lagi relevan kerana tidak menjamin rating atau mampu menarik penonton ke panggung.

    Mula melakar nama menerusi drama Lagenda Budak Setan ketika berusia 19 tahun berkata, dia kembali mencipta nama selepas hampir empat tahun mengundur diri kerana menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjan Muda Sains Aktuari, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

    Bagaimanapun, Shiqin bersyukur dia tidak bimbang soal tawaran dengan bantuan syarikat pengurusan yang cekap menguruskan kerjaya seninya.

    “Ketika mula buat ‘comeback’ memang agak mencabar kerana perlu bersaing dengan nama baharu.

    “Namun, saya bersyukur syarikat pengurusan membantu mendapat banyak peluang. Setakat ini, ‘job’ tidak pernah putus,” katanya.

    Shiqin kecewa biarpun lakonan sering dipuji, namun malangnya, nama sukar untuk diketengahkan kerana jumlah pengikut rendah dalam laman sosial. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda