ISTANBUL, 6 JULAI – Pihak berkuasa Istanbul kelmarin menguatkuasa larangan menghisap shisha di tempat awam sehingga diberitahu kelak. Gabenor Istanbul dalam kenyataan bertulis memaklumkan bahawa larangan itu dikeluarkan untuk mengurangkan risiko kebakaran hutan dan potensi bahaya lain. “Larangan menghisap shisha akan dikuatkuasa di pelbagai lokasi, termasuk pantai, hutan, kawasan rekreasi dan taman di seluruh Istanbul.

