Shooting Star juara kategori wanita

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Shooting Star dinobatkan sebagai juara Liga Bola Keranjang Kebangsaan 5.11 kategori wanita, bertempat di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA) di Batu Bersurat, hari ini.

Pasukan tersebut menamatkan kejohanan dengan bersaing rapat bersama Pasukan Bola Keranjang Daerah Tutong dan BBA-Systematic Living dengan mencatat dua kemenangan dan sekali tewas.

Namun begitu, kejuaraan ditentukan dengan perbezaan mata berdasarkan perlawanan dipertandingkan dengan tiga pasukan.

Pasukan Bola Keranjang Daerah Tutong meraih kedudukan naib juara sementara BBA-Systematic Living menduduki tempat ketiga.

Ketua jurulatih Shooting Star, Decorey Jones menekankan bahawa perubahannya menunjukkan tenaga positif untuk membawa mereka mencapai kemenangan.

Jake Goh menyampaikan hadiah kepada pasukan juara kategori wanita pada majlis tersebut.

Menurut beliau, pasukan dikendalikannya adalah pasukan muda dengan beberapa orang pemain veteran. Beliau merasakan mereka mempunyai banyak tenaga dan mereka bermain dengan penuh kegembiraan.

Selain itu, beliau turut berkata itu yang membuatkan mereka bermain dengan bebas.

Itulah tangga kemenangan mereka.

Perlawanan terakhir Shooting Star adalah ketika mereka tewas 48-45 menentang Pasukan Bola Keranjang Daerah Tutong tetapi menang ke atas BBA-Systematic Living dan Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) membawa mereka meraih kejuaraan.

“Kami mengharung beberapa detik mencemaskan dalam perlawanan terakhir kejohanan kerana kurang pengalaman. Tetapi sebaik sahaja tenang, mereka mula menikmati perlawanan dan cuba bangkit. Mereka melakukan segalanya untuk membawa kami ke kedudukan ketika ini,” tambah beliau.

“Saya rasa tenaga positif yang dibawa oleh pasukan telah membawa kemenangan kepada pasukan. Apabila mereka mempunyai tenaga seperti ini, ia akan mendorong anda melepasi segala rintangan,” ujarnya. Presiden BBA, Jake Goh menyampaikan hadiah kepada pasukan juara.

Perlawanan tersebut mengakhiri kategori wanita dengan BBA-Systematic Living memenangi perlawanan 51-20 ke atas BDBA.

Kejohanan diteruskan dengan kategori lelaki dengan pasukan Team 409 akan beraksi menentang Bandar Rocket sementara BBA bermain menentang BDBA.