Bintang Bollywood, Shraddha Kapoor, menawan hati jutaan peminat dengan respons manisnya terhadap seorang peminat fanatik yang mengajukan lamaran dengan sejambak bunga mawar merah.
Menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman tabloidbintang, video mengenai kejadian tersebut telah tular, memaparkan momen yang penuh emosi di Bandar Mumbai, India, di mana bintang filem Baaghi 3 tersebut keluar dari sebuah kereta putih. Di situ, seorang peminat menyambutnya dengan penuh kegembiraan membawa jambangan bunga.
Tidak disangka, peminat itu tiba-tiba berlutut dan melamar Shraddha. Namun, respons bintang tersebut amat menggembirakan hati, dia menerima sejambak bunga mawar merah dengan hati yang terbuka dan penuh sopan. Dia kemudian mengucapkan terima kasih dan hormat kepada peminat tersebut dengan sikap yang sungguh bersahaja.
Reaksi penuh kasih sayang daripada Shraddha telah mendapat pujian dari warganet. “Rasa hormat saya untuk Shraddha Kapoor,” kata seorang warganet. Ada yang berkata, “Sikapnya sangat manis.”
Dilahirkan pada 3 Mac 1987 di Mumbai, India, Shraddha merupakan anak dari sebuah keluarga yang terkenal dalam industri hiburan Bollywood. Ayahnya ialah aktor terkenal Shakti Kapoor, manakala ibunya, Shivangi Kolhapure, juga merupakan seorang pelakon.
Dengan latar belakang keluarganya yang terbilang dalam dunia seni, tidak hairan jika Shraddha mewarisi bakat dan daya tarikan untuk peminatnya di India dan seluruh dunia. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P18-C-namshicdn_05082023.jpg)