Pelakon Shu Qi dedahkan dia terpaksa melalui kehidupan sukar ketika kecil dan tidak seperti kanak-kanak seusia dengannya.
Menurut Shu Qi, 49, seawal usia enam tahun dia terpaksa melakukan kerja rumah termasuk menyediakan masakan untuk keluarga sebelum pergi ke sekolah.
“Dalam ingatan saya, ketika masih kanak-kanak saya sudah menjadi dewasa. Saya perlu bangun seawal pukul 6 pagi. Ketika itu masih di peringkat pra sekolah dan saya perlu masak bubur untuk semua ahli keluarga.
“Ketika kali pertama melakukannya, bubur tersebut tidak dimasak dengan sempurna. Saya dimarah dengan teruk,” katanya.
Tambah Shu Qi, selepas menyediakan makanan untuk keluarga dia perlu bergegas mengejar bas ke sekolah.
Dia juga sebelum ini pernah mendedahkan tabiat buruk bapanya yang merupakan seorang kaki botol dan melepaskan kemarahan kepada anak-anak.
“Saya akan perhatikan reaksi ibu bapa dan cuba mengelak jika mereka sedang marah,” ujarnya.
Shu Qi dikatakan mula bekerja sebagai pelayan restoran pada usia 16 tahun bagi menampung kehidupan keluarga sebelum dia mencipta dalam dalam dunia seni. – Agensi


