Tuesday, November 5, 2024
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shuhada takut menangis teringat Hafidz Roshdi

    Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memberitahu dia mengambil masa selama sembilan bulan untuk kembali memasak lauk sambal sotong.

    Menurut Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, dia bimbang akan menangis sekiranya menyediakan lauk berkenaan kerana itu merupakan menu kegemaran bekas suami, lapor mStar.

    Namun kini, Shuhada berkata dia sudah mampu turun ke dapur memasak hidangan berkenaan tanpa rasa sedih lagi.

    “Selepas sembilan bulan baru boleh masak hidangan ini, sebab lauk ini kegemaran dia kalau saya yang masak.

    “Bukan apa takut nanti saya masak sambil ada perisa air mata pula.

    “Sekarang ini kalau nak suruh saya masa katering sambal sotong pun boleh,” katanya dalam nada berseloroh.

    Shuhada menulis perkara tersebut di Instastory miliknya hari ini berserta gambar hidangan tersebut yang masih di dalam kuali.

    Dalam pada itu, Shuhada berkata dia sudah melangkah fasa hidup baharu dan mahu memberi tumpuan mencari ketenangan dengan mendalami ilmu agama. – Agensi

    Shuhada sudah mulakan fasa baharu selepas bercerai dengan Hafidz. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda