Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shuib, Mamat kini lebih hargai persahabatan

    Setahun kembali rapat, pelawak Mamat Sepah merasakan persahabatannya dengan rakan baik iaitu Shuib Sepahtu mempunyai nilai sentimental yang cukup besar meskipun mereka sudah lebih 13 tahun tidak lagi bekerjasama dalam kumpulan sama.

    Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 40, berkata Shuib merupakan insan pertama yang mencari dan menghubunginya ketika dia melalui detik sukar selepas ditahan pihak berkuasa pada tahun lalu, lapor mStar.

    “Saya dan Shuib sebelum ini 13 tahun tidak bekerjasama selepas tidak lagi dalam kumpulan sama.

    “Tapi dengan dia, persahabatan kami ada sentimental value. Ketika saya kena tangkap tahun lalu, keluar sahaja dari lokap tiada orang cari saya, rakan-rakan artis pun tidak cari saya.

    “Saya tak tahu kenapa Shuib cari saya sampai menekan-nekan nak jumpa saya. Kalau ikutkan dia tak perlu ambil tahu fasal saya, tapi dialah orang pertama yang hubungi setiap hari,” katanya kepada mStar.

    Shuib dan Mamat kini lebih kerap bekerjasama dalam industri hiburan dan perniagaan. – mStar

    Menurut Mamat detik itu juga menjadi titik tolak mereka kembali bersahabat.

    Dalam pada itu, Mamat memberitahu kata-kata semangat daripada Shuib benar-benar menyentuh hati kerana sahabatnya itu cuba mengaitkan ujian mereka sebagai perjalanan yang telah ditentukan Allah SWT.

    Lebih buatkan Mamat terharu apabila Shuib mengambilnya bekerja sebagai hos bersama bagi program Dol’s Podcast.

    Untuk rekod, pada tahun lalu Mamat bersama isterinya, Nordiana, ditahan reman selama dua hari oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerusi aplikasi Telegram.

    Bagaimanapun, kedua-duanya menarik nafas lega apabila tiada sebarang pertuduhan dikenakan ke atas mereka. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda