Menguruskan persiapan raya untuk anak-anak tahun ini pastinya berbeza buat pelawak Shuib selepas pemergian isteri, Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu. Kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, dia pernah terfikir untuk tidak menyambut raya kali ini kerana masih bersedih. Namun memikirkan kegembiraan anak-anak, dia ketepikan kepentingan perasaan sendiri agar kemeriahan