Ister pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan menerima nafkah lebih tinggi berbanding kebiasaan daripada suaminya.
Walaupun tidak pernah mengadu perihal nafkah bulanan, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, berkata, dia merasakan Shuib mungkin mengambil iktibar daripada isu penceraian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
“Alhamdulillah sejak kes Fattah dan Fazura, suami naikkan duit nafkah. Walaupun bini tak pernah mengadu tak cukup, tapi mungkin dia jadikan iktibar dalam diam,” katanya.
Watie berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya kelmarin.
Malah Watie menunjukkan tangkap layar Shuib memindahkan sejumlah wang ke akaun bank miliknya.
Meskipun tidak mendedahkan amaun yang diterima, namun Watie memaklumkan bahawa jumlah berkenaan adalah tinggi berbanding sebelum ini.
Sementara itu, Watie sempat memberi pesanan buat pasangan suami isteri di luar sana agar bertolak ansur dalam kehidupan rumah tangga.
“Sebenarnya suami isteri jadikanlah pengalaman dan kisah orang lain sebagai pengajaran untuk kita suami isteri sama-sama bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain. Sebab kehidupan rumah tangga ni untuk kita lalui bersama, nikmati bersama, suka duka bersama, susah senang sehingga ke nafas terakhir bersama,” jelasnya.
Untuk rekod Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 selepas Allahyarham Siti Sarah. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun. – Agensi