Monday, February 10, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shuib tersinggung Thalita dikecam

    Sebagai seorang bapa, pelawak Shuib tersinggung apabila ada pihak bercakap buruk mengenai anak perempuannya iaitu Thalita yang kini semakin aktif dalam dunia seni.

    Tampil mempertahankan anaknya itu, Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, mengajak individu yang meninggalkan komen kecaman tersebut bersemuka dengan dirinya.

    “Bila kau boleh komen macam ini aku sebagai bapa memang akan terasa.

    “Apa salah beri sokongan, setidaknya pun kalau betul menegur DM, bercakap dengan aku depan-depan,” katanya, menurut mStar.

    Shuib menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya berserta tangkap layar satu komen pengikut di media sosial.

    Bakat Thalita juga mendapat perhatian komposer Ajai. – mStar

    Individu berkenaan dilihat seolah-olah mempertikaikan bakat nyanyian Thalita dan memberi nasihat agar anaknya itu lebih fokus kepada pelajaran.

    Malah, individu itu juga menganggap Shuib sengaja mempergunakan anaknya disebabkan perniagaan yang dijalankan tidak menjadi.

    Menurut Shuib apa yang dilakukan oleh anaknya itu kini juga sebagai salah satu pembelajaran untuk mencari rezeki di usia muda.

    “Kalau nak kecam fasal bapa dia, InsyaAllah aku tak kisah sebab dah biasa orang beri komen bukan-bukan. Jangan sentuh anak aku.

    “Dia muda lagi. Dia baru nak belajar masuk industri. Nak tolong bapa dia cari duit sendiri,” ujarnya.

    Nama Thalita atau Dzahira Thalita Zahra, 13, kini semakin menjadi perhatian selepas persembahannya menyanyi mendapat pujian ramai. Bukan hanya itu dia juga kini mula menerima tawaran membuat reviu produk makanan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda