Tuesday, February 4, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shuib teruja Thalita dapat ‘job’ pertama reviu produk

    Rezeki anak pelawak Shuib iaitu Thalita semakin murah apabila menerima tawaran reviu produk di media sosial.

    Terkejut dengan tawaran diterima, Thalita atau Dzahira Thalita Zahra, 13, bagaimanapun meluahkan kebimbangan sekiranya produk tersebut tidak mendapat sokongan ramai.

    “Terima kasih daddy, tapi ada ke orang nak support?” katanya.

    Thalita berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram milik Shuib kelmarin.

    Dalam hantaran tersebut, Shuib atau Shahmira Muhammad, 41, memaklumkan kepada anak sulungnya itu bahawa dia menerima tawaran melakukan reviu produk.

    Kata Shuib, perkara ini sudah pun disahkan dan sempat mengucapkan tahniah atas pencapaian Thalita.

    “Awak dapat job. Reviu produk orang, buat video untuk promosi. Ya, dia (klien) dah hubungi daddy (panggilan Shuib), dah confirm dia cakap nak Thalita. Tahniah!

    “Daddy dah confirmkan dengan dia, daddy cakap okay Thalita boleh buat. Daddy yakin,” ujarnya.

    Melihatkan reaksi Thalita, Shuib terus memberikan semangat buat Thalita dan percaya dia boleh melakukannya.

    “Kenapa pula orang tak support awak? Tempoh hari awak buat persembahan di Bukit Bintang ramai orang datang, sayang.

    “Kenapa awak tak yakin ke? Senang sahajalah nanti kita buat video. Sebelum ini awak pernah buat video tudung untuk order, macam itu sahaja.

    “Jangan risaulah, kita doa sahaja mesti ada orang sokong nanti. Ini job pertama awak untuk reviu produk. Yakin sahaja okay?,” katanya.

    Pada 3 Januari lalu, Thalita membuat penampilan pertama menyanyi di hadapan khalayak ramai selepas tampil melakukan persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

    Thalita ketika itu menyampaikan lagu nyanyian Allahyarham ibunya iaitu Siti Sarah Raisuddin berjudul Kesetiaan. – Agensi

    Shuib sekeluarga memberikan sokongan sepenuhnya kepada Thalita. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda