Tuesday, December 3, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shuib, Watie nikah Jun depan

    Menamatkan teka teki hubungannya bersama Watie Hanifiah, akhirnya pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan usahawan itu pada Jun depan.

    Kata Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 38, persiapan perkahwinannya bersama wanita kelahiran Perak itu sudah berjalan sebanyak 30 peratus.

    “Insya-Allah, majlis akan berlangsung selepas raya iaitu pada Jun depan. Nanti saya akan beritahu tarikhnya.

    “Persiapan dari segi dewan sudah dilakukan. Saya akan menjalankan majlis pernikahan dan persandingan. Tetapi, dari segi busana belum lagi.

    “Saya tak mahu majlis pernikahan terlalu meriah, tak mahu juga terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga.

    Shuib memilih usahawan, Watie Hanifah sebagai teman hidupnya dan kini sedang membuat persiapan perkahwinan pada Jun depan. – Agensi

    “Ini adalah perkahwinan pertama Watie, jadi sudah tentu keluarga mahu majlis meriah meraikan kami.

    “Saya harap dapat buat majlis sederhana dan bermakna, jadi semua akan gembira,” katanya kepada BH Online.

    Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Melakar Pahala Warnai Raya Suria FM di sebuah hotel, di sini, semalam.

    Ditanya perasaan Watie, penyampai radio Suria FM itu berkata, bakal isterinya gembira, namun pada masa sama tidak menafikan cabarannya.

    “Bakal isteri sangat gembira. Dengan apa yang dilalui, perjalanannya bagaimana. Dalam masa yang sama, berat juga untuk Watie berada di situ, tetapi saya berharap semoga Allah mempermudahkan.” – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda