Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shukri Yahaya kena ‘sidai’ di set penggambaran selama 8 jam

    Sudah 14 tahun bergelar pelakon, Shukri Yahaya pernah berdepan dengan pelbagai ragam pengarah yang mengundang rasa kurang senangnya.

    Shukri atau Mohd Shukri Yahaya, 36, berkata, dia pernah dibiarkan tanpa arah ketika berada di set penggambaran selama lapan jam.

    Katanya, ketika itu dia diarahkan untuk datang ke set penggambaran pada awal pagi namun hanya dapat beraksi pada waktu malam.

    “Saya pernah saja bekerja dengan pengarah yang mereka tidak tahu apa mereka nak. Selalu kena sidai sebab pengarah tidak tahu nak buat apa.

    “Saya pernah kena sidai lapan jam, datang pagi tapi bila malam baru shooting. Tapi itu semua dulu sekarang tidak lagi,” katanya kepada mStar.

    Shukri tidak mahu tertekan menunggu di set penggambaran terlalu lama. – mStar

    Sekiranya berdepan situasi tersebut, dia biasanya akan bertindak berani dengan meninggalkan set penggambaran.

    Malah dia sendiri akan mengelak untuk bekerjasama dengan pengarah berkenaan buat sementara waktu.

    “Saya tidaklah marah, kalau terlalu lama saya akan tanya dulu kemudian barulah saya tinggalkan set.

    “Dengan senang hati saya pangkah mungkin dua tiga tahun lagi saya bekerjasama semula dengan dia.

    “Tapi tidaklah sampai ban, kalau ada pilihan saya akan pilih yang lain dulu,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Shukri memberitahu dia selesa bekerja dengan pengarah Nik Amir Mustapha menerusi drama bersiri terbaharu berjudul Bru Coffee Shop yang sudah ditayangkan sejak 1 Mei lalu.

    Jelasnya, Nik Amir sentiasa tahu apa ingin dilakukan selain menjaga masa dengan baik.

    “Nik Amir dan pasukan tak pernah buang masa, dia sudah ada apa yang dia nak. Babak apa dan masa yang mereka rancang semuanya akan diikuti.

    “Saya pun tiada tekanan yang perlu menunggu dan disidai,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda