Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shukri Yahaya pelakon TV paling mahal?

    Dikatakan antara pelakon yang menerima bayaran tertinggi untuk membintangi sesebuah drama televisyen (TV), aktor, Shukri Yahaya menyifatkan harga yang diletakkan itu sangat bersesuaian dengan pengalamannya selama ini.

    Menurut Shukri, dia menganggap bayarannya itu masih relevan kerana tidak pernah ditolak oleh pihak penerbit.

    “Saya sendiri tak pasti harga yang saya letakkan itu mahal atau tidak. Saya pun tak tahu harga orang lain. Kalau betul saya paling mahal, Alhamdulillah.

    “Harga yang saya letakkan itu juga bersesuaian dengan apa yang boleh saya berikan berdasarkan pengalaman saya.

    “Setakat ini, penerbit tidak pernah menolak harga saya tapi sentiasa ada ruang untuk berunding,” katanya kepada MH.

    Shukri sendiri tak pasti harga yang diletakkannya itu mahal atau tidak. – Media Hiburan

    Pada masa sama, Shukri turut menyifatkan kadar bayaran tersebut merupakan pelaburan pihak penerbit untuk mendapatkan kualiti kerja yang terbaik.

    “Dengan lambakkan pelakon-pelakon baharu sekarang, saya faham para penerbit lebih memilih mereka kerana bayarannya mungkin lebih murah. Namun, pekerjaan itu mungkin akan menjadi lebih susah.

    “Mungkin mereka tak faham skrip atau tak tahu nak melakonkan sesuatu babak itu bagaimana. Pengarah pula kena tunjuk satu persatu. Ia akan menjadi proses yang panjang.

    “Kalau ada yang kata harga saya mahal, setidaknya saya boleh memudahkan kerja mereka,” ujarnya lagi.

    Dalam pada itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu juga memaklumkan dirinya akan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar bayaran pada setiap tahun sama seperti pekerjaan-pekerjaan lain.

    “Saya anggap itu sebagai kenaikan tahunan (increment). Kalau harga tersebut diterima, saya anggap ia masuk akal.

    “Kalau ada drama yang sukses atau beri impak, ia juga akan menjadi bukti untuk saya menawarkan harga kepada penerbit,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda