Wednesday, April 2, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Si cilik kenali budaya Brunei

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Seramai 452 orang kanak-kanak daripada Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) berpeluang mengenali tradisi budaya Brunei pada Majlis Pelancaran Hari Tradisi Budaya Brunei di Dewan TASKA YSHHB, kelmarin.

    Hadir melancarkan majlis yang bertema Budaya Brunei itu ialah Pengetua TASKA YSHHB, Datin Hajah Zainab binti Haji Abdul Wahab.

    Pada majlis itu, warga TASKA yang mengenakan pakaian tradisional tujuh puak asli Brunei juga berpeluang menyaksikan persembahan sketsa ringkas oleh guru-guru TASKA di samping menyaksikan demonstrasi cara permainan tradisi Brunei seperti congkak, main getah, Simban, tarik kalat, permainan pelepah pinang dan kikik.

    Selain diperkenalkan dengan permainan dan mengenai puak asli Brunei, kanak-kanak TASKA turut berpeluang mengenali buah-buahan tempatan dan demonstrasi cara memasak makanan tradisi Brunei.

    Antara lain tujuan hari budaya itu adalah untuk memberi pendedahan dan memperkenalkan budaya Brunei kepada murid-murid seterusnya memberikan pengalaman belajar yang lebih praktikal dan menyeronokkan melalui demonstrasi permainan tradisi dan cara memasak makanan tradisi Brunei dan merasanya sendiri serta menanamkan rasa cintakan negara.

    Majlis turut menyaksikan Datin Hajah Zainab mengunjungi sudut demonstrasi yang diadakan di dalam dan luar dewan.

    Datin Hajah Zainab ketika mengunjungi sudut demonstrasi kuih tradisi Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda