Wednesday, April 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Si kumis’ tak reda Inul buat pembedahan muka

    Penyanyi Indonesia Inul Daratista pernah terfikir melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan gara-gara terpengaruh dengan rakan artis lain.

    Memetik laporan mStar, Inul, 46, bagaimanapun membatalkan niat tersebut selepas terkesan mendengar kata-kata sinis suaminya sendiri iaitu Adam Suseno.

    Jelas Inul, Adam berseloroh mahu mencari wanita lebih cantik tanpa sebarang pembedahan sekiranya dia tetap dengan keputusan mengubah wajah asalnya.

    “Nanti selepas pulang (buat pembedahan) jangan terkejut kalau di rumah ada ‘Inul’ dengan wajah asal yang saya suka.

    “Hidungnya tidak berubah, bibir mungil dengan mata sepet seperti yang saya suka,” katanya mengulang kembali ayat suami kepadanya.

    Dalam pada itu, Inul memberitahu sebelum ini dia sudah mengosongkan jadual kerja supaya boleh berangkat ke Seoul untuk melakukan pembedahan plastik.

    Namun mengubah keputusan itu sebelum Adam mengeluarkan kata-kata yang menyentap hatinya ketika meminta izin daripada suaminya. “Ada keinginan hendak melakukan pembedahan plastik tapi takut pada akhirnya si ‘kumis’ tak reda. Lebih baik tak buat,” katanya. – Agensi

    Suami larang Inul buat pembedahan kosmetik. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda