Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    SIA lancar penerbangan paling lama di dunia

    SINGAPURA, 30 Mei – Singapore Airlines (SIA) hari ini berkata ia akan melancarkan penerbangan komersial paling lama di dunia pada Oktober, perjalanan yang memakan masa hampir 19 jam dari negara bandar raya itu ke New York, tetapi ia tidak akan tersedia untuk penumpang dalam kelas ekonomi.

    Perjalanan tanpa henti dari Changi ke Lapangan Terbang Newark akan meliputi kira-kira 16,700 kilometer (10,300 batu) dan mengambil masa kira-kira 18 jam 45 minit, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

    Pemegang rekod terkini ialah pesawat 921 Qatar Airways dari Auckland ke Doha, yang mengambil masa 17 jam 40 minit.

    Penerbangan Singapore Airlines akan menggunakan pesawat jarak jauh Airbus A350-900ULR, yang akan dikonfigurasikan untuk membawa 161 penumpang, iaitu seramai 67 dalam kelas perniagaan dan 94 dalam ekonomi premium.

    Gambar fail bertarikh 3 Mac 2016 menunjukkan sebuah pesawat SIA Airbus A350-900 (kanan) di lapangan terbang Antarabangsa Changi. Singapore Airlines (SIA) kelmarin berkata ia akan melancarkan penerbangan komersil paling lama di dunia pada Oktober, perjalanan yang memakan masa hampir 19 jam. – AFP

    Syarikat penerbangan itu telah melalui laluan yang sama dari tahun 2004 hingga 2013 tetapi dibatalkan kerana ia mencecah jangkaan pendapatan. Walau bagaimanapun, keputusan terkini datang apabila mereka mencari sumber pendapatan baharu dalam persekitaran yang kompetitif memandangkan penerbangan jarak jauh berpotensi menjana pendapatan yang lebih tinggi.

    Terdapat juga rancangan untuk laluan tanpa henti dari Singapura ke Los Angeles menggunakan pesawat yang sama, kata syarikat penerbangan itu. Laluan baharu itu datang apabila syarikat penerbangan itu menghadapi cabaran yang sukar.

    Bulan ini ia berkata ia akan mengembangkan penerbangannya premiumnya, SilkAir, ke dalam kumpulan yang lebih luas berikutan penambahbaikan bernilai jutaan dolar sebagai sebahagian daripada pembaharuan untuk terus berdaya saing. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda